LANGKAWI SYMPOSIUM TOURISM 2016 - Langkawi Geopark

28 Sep

LANGKAWI SYMPOSIUM TOURISM 2016

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) buat julung kalinya telah mengadakan Langkawi Tourism Simposium 2016 pada 23 hingga 25 Ogos 2016 bertempat di Adya Hotel Langkawi. Penganjuran persidangan ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu dan cabaran industri pelancongan secara global merangkumi pembangunan dan pemasaran serta berkongsi strategi daripada pelbagai organisasi berkaitan dalam industri pelancongan. Objektif penganjuran simposium iaitu juga adalah untuk menyediakan perspektif baru industri pelancongan Langkawi secara khususnya, meningkatkan pengetahuan serta jaringan untuk pembangunan pelancongan Langkawi dan berkongsi amalan terbaik pelancongan yang dilaksanakan di premis pelancongan di Malaysia.

Simposium yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjaya menarik penyertaan seramai kira-kira 140 orang peserta daripada penggiat industri pelancongan, agensi kerajaan dan swasta, NGO serta institusi pengajian tinggi. Majlis perasmian Langkawi Tourism Simposium 2016 yang bertemakan “Standing In The Eyes Of The World” telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Nawawi bin Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi pada 23 Ogos 2016.

Pada hari pertama simposium berlangsung, tiga pembentang ucaptama telah membentangkan topik yang bertajuk New Challenges: Policy, Innovations & Strategy Framework for Tourism Growth oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. YBhg. Dato’ Seri Mirza bin Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah membentangkan topik bertajuk Branding & Marketing Tourism manakala YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia telah membentangkan topik bertajuk Rediscovery Of Challenges And Opportunities Towards Sustainable Destination.

Selain itu, seramai 15 orang speaker lain daripada pelbagai agensi lain turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja kepada peserta simposium. Tajuk yang dibentangkan berdasarkan tiga tema yang ditetapkan iaitu Sustainable Growth And Development, Fair and Vibrant Community dan Challenges and Perspectives of Tourism Development. Sepanjang dua hari perjalanan simposium berlangsung di Adya Hotel, peserta berpeluang untuk mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bidang untuk mempersiapkan diri dengan cabaran dalam industri pelancongan di peringkat global. Dunia tanpa sempadan kini memerlukan semua pihak yang terlibat dalam industri pelancong berfikir jauh ke depan untuk menangani isu dan konflik di peringkat global terutamanya.

Post trip simposium telah diadakan di Dayang Bunting Marble Geoforest Park yang melibatkan seramai 40 orang peserta simposium. Dayang Bunting Marble Geoforest Park merupakan salah satu kawasan konservasi utama di Langkawi UNESCO Global Geopark. Selain daripada lawatan ke Tasik Dayang Bunting, peserta juga dibawa melawat ke Pulau Ular, Pulau Singa Besar dan Pulau Singa Kecil. Para peserta yang menyertai simposium ini menyifatkan penganjuran simposium ini amat baik untuk perkembangan industri pelancongan dan memberi faedah kepada penggiat industri pelancongan. Rata-ratanya memberikan maklum balas yang positif serta menyarankan kepada pihak LADA agar penganjuran simposium ini diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan atau dwi tahunan. Persidangan selama tiga hari ini diakhiri dengan sesi penggulungan yang dimuktamadkan oleh YBhg. Tan Sri Khalid bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

MUAT TURUN BAHAN SLIDE PEMBENTANGAN PENCERAMAH

MUAT TURUN

Keynote 1 - New Challenges_Policy, Innovations & Strategy Framework For Tourism Growth

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Keynote 2

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 1 - Geotourism_Principle Drive Of Successful Geopark Initiatives

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 2 - Adventure Tourism_From Risky Endeavous To Profitable Ventures

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 4 - Planning For Future_Addressing Energy, Water, Food & Resources Issues Year 2030

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 5 - Reinforcing Cultural Identity To Empower Rural Community

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 7 - Invigorate Gastronomic Tourism

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 9 - The Power Of Marine Mammal_Creating Environmental Change

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 10 - Linking Sustainable Tourism To Local Guide & Community

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 11 - Enhancing Community In Tourism Management

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 12 - Delivery Our Low Carbon Future

Sila muat turun fail
MUAT TURUN

MUAT TURUN

Lecture 13 - The Role Of Nautical Tourism In Openness & Growth Of Langkawi

Sila muat turun fail
MUAT TURUN
270220
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
48
394
799
264767
10867
9597
270220

PAUTAN

lorem dolor sit

EUROPEAN GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

ASIA PACIFIC GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

GLOBAL GEOPARK NETWORK

Get more details
lorem dolor sit

NATURALLY LANGKAWI

Get more details
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • geopark@lada.gov.my
  • Find on Map