Konsep Budaya

Konsep budaya ditakrifkan sebagai nilai, kepercayaan dan bahasa yang mencorakkan cara bagaimana individu atau sekumpulan manusia melihat persekitaran dan dunia di mana mereka hidup /berada. Warisan budaya merupakan komponen penting dalam sesebuah geopark dalam konteks pemuliharaan dan pemeliharaan warisan. Langkawi UNESCO Global Geopark adalah tempat terbaik untuk mengkaji pembangunan sosio-ekonomi yang berlaku dalam satu kawasan yang kecil dengan sumber yang terhad dalam masyarakat kepulauan. Masyarakatnya kaya dengan legenda dan cerita-cerita rakyat yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Sejarah awal Langkawi banyak berkait dengan sejarah kerajaan-kerajaan kuno tanah melayu yang mempunyai hubungan ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan ekonomi di Langkawi masih berterusan secara tradisional diamalkan dan di nilai tambah elemen pelancongan.

Prinsip warisan budaya :
  • 1. Warisan budaya merupakan komponen penting dan menjadi tarikan pelancongan di Langkawi UNESCO Global Geopark.
  • 2. Warisan budaya merangkumi warisan budaya ketara dan tidak ketara.
  • 3. Warisan budaya melambangkan kesinambungan sejarah dan identiti komuniti tempatan, justeru komuniti tempatan perlu dilibatkan dalam pengenalpastian dan pemuliharaan warisan budaya Langkawi.
  • 4. Pengenalpastian dan pemuliharaan warisan budaya Langkawi memberi manfaat kepada penduduk Langkawi .

Antara warisan budaya berkaitan legenda dan cerita-cerita rakyat adalah seperti berikut :
  • 1. Gunung Machinchang.
  • 2. Telaga Tujuh
  • 3. Beras Terbakar
  • 4. Makam Mahsuri
  • 5. Pulau Dayang Bunting
  • 6. Gua Langsir
  • 7. Gua Cerita
482526
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
981
1122
3914
475345
7697
15295
482526
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • [email protected]
  • Find on Map