BACK IN TIME
Journey Through Time
550 Million Years Old
Langkawi’s rock formations are estimated to be over 550 million years old, making them some of the oldest in Southeast Asia!
99 Islands
OUR OFFICIAL LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK MASCOT!
MEET OBIT
He is name after trilobites, the ancient fossilized arthropods and among the earliest marine species, thriving in Earth’s oceans for nearly 300 million years before their extinction. These remarkable organisms flourished during the Paleozoic Era, particularly in the Cambrian Period—often referred to as the “Trilobite Age”—dating back over 541 to 485 million years.
Conservation
Langkawi Geopark, a UNESCO Global Geopark, is a remarkable site of geological, cultural, and ecological significance.
GEOLOGICAL HERITAGE
Where Earth’s Story Comes to Life through Geotourism, Rock Formations, and Ancient Trilobites.
BIODIVERSITY
CULTURAL HERITAGE
Where Tradition Meets Time, A Geocommunity Rich in Culture and Heritage.
SUSTAINABLE INITIATIVE
EDUCATION & AWARENESS
GETTING TO KNOW UNESCO GLOBAL GEOPARK
UNESCO Global Geoparks are single, unified geographical areas where sites and landscapes of international geological significance are managed with a holistic concept of protection, education, and sustainable development. Their bottom-up approach of combining conservation with sustainable development while involving local communities is becoming increasingly popular.
🌍 SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA 2026
Peringkat Negeri Kedah
Pada 30 April 2026 Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) dengan bangganya telah menyertai Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Dataran Chenang.
Berteraskan tema “Water and Gender”, LUGGp mengetengahkan peranan penting gender dalam pengurusan sumber air, termasuk penglibatan aktif komuniti dalam memastikan kelestarian air untuk generasi akan datang.
Melalui reruai pameran khas, LUGGp menampilkan keunikan geologi Langkawi serta kepentingan ekosistem biologi paya bakau sebagai elemen penting yang berkait rapat dengan sumber air dan kehidupan.
✨ LUGGp telah berjaya merangkul Johan Pertandingan Reruai Terbaik, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam menyampaikan mesej kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat.
#NaturallyLangkawi #LUGGp #WaterAndGender

...
📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
🌍 Dimaklumkan bahawa Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC) akan ditutup pada 03 Mei 2026 (Ahad).
🔔 Pusat ini akan beroperasi semula pada 04 Mei 2026 (Isnin).
📢 TEMPORARY CLOSURE NOTICE
🌍 Please be informed that the Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC) will be closed on 03 May 2026 (Sunday).
🔔 The centre will resume operations on 04 May 2026 (Monday).

BERITA BAIK UNTUK PESERTA MALAYSIA! 🇲🇾
Tarikh pendaftaran bagi Kadar Yuran Malaysia untuk The 9th Asia Pacific Geoparks Network (APGN) Symposium 2026 kini dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai simposium geopark terbesar di rantau Asia Pasifik yang menghimpunkan pengurus geopark, penyelidik, komuniti tempatan, penggiat pelancongan dan pencinta warisan dari seluruh dunia.
📅 7 – 10 September 2026
📍 LICC , Langkawi UNESCO Global Geopark, Malaysia
✨ Tema: Celebrating Networking in Geotourism
Daftar sekarang:
🔗 https://apgn2026.lada.gov.my/
#APGN2026 #LangkawiGeopark #UNESCOGlobalGeopark #MalaysiaSpecialRate #Geotourism #NaturallyLangkawi #ExperienceKedah

🌏🎙️ GEOPARK TALK SLOT 1 @ LANGKAWI FM
📍 28 April 2026 (Selasa) | Sempena APGN Week 2026, satu sesi Geopark Talk Slot 1 bertemakan Geopark Talent 2026 telah berlangsung di Langkawi FM.
✨ Sesi ini menampilkan individu berbakat daripada Kota Mahsuri:
🎧 Encik Muhamad Hazihan Saari – Pengarah Muzik
🎭 Encik Ku Ahmad Ku Sulong – Pengurus Teater
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pendengar mengenai bakat komuniti Langkawi yang mempromosikan elemen kebudayaan, pendidikan dan pembangunan serta memperkukuh imej Langkawi UNESCO Global Geopark sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menyampaikan maklumat, meningkatkan kesedaran masyarakat serta mengetengahkan peranan komuniti Langkawi dalam memelihara dan mempromosikan geopark kebanggaan negara. 💚
#APGNWeek2026
#LangkawiGeopark
#UGGp
#GeoparkTalent2026
#LangkawiFM
#NaturallyLangkawi
#LADA
#Sustainability
#GeoparkEducation
#WarisanAlam

🌏✨ Program Pertukaran Sekolah Geopark Dalam Talian Sempena Minggu Asia Pacific Geoparks Network 2026
Pada 28 April 2024, Langkawi berbangga menjadi tuan rumah Program Pertukaran Sekolah Geopark Dalam Talian 2026 yang menghimpunkan duta muda geopark dari seluruh rantau dalam satu platform pertukaran ilmu secara maya yang bermakna 🌿. Sebagai tuan rumah, Langkawi UNESCO Global Geopark melalui wakil pelajar MRSM Langkawi Geopark Club telah mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pembentangan dan perkongsian ilmu.
Antara geopark yang turut serta:
🌍 Khon Kaen Geopark
🌋 Toba Caldera UNESCO Global Geopark
🏝️ Bohol Island UNESCO Global Geopark
⛰️ Mine-Akiyoshidai Karst Plateau UNESCO Global Geopark
🇲🇾 Langkawi UNESCO Global Geopark (diwakili oleh pelajar MRSM Langkawi)
Sepanjang program, para pelajar membentangkan keunikan geopark masing-masing serta berkongsi tentang warisan geologi, budaya dan usaha pemuliharaan alam sekitar. Sesi turut diserikan dengan interaksi dua hala melalui sesi soal jawab yang membuka ruang kepada pertukaran idea dan pengalaman antara peserta antarabangsa.
Program ini bertujuan untuk:
🔹 Membina jaringan antarabangsa dalam kalangan pelajar geopark
🔹 Menggalakkan perkongsian ilmu berkaitan geologi, budaya dan kelestarian
🔹 Meningkatkan visibiliti geopark di peringkat global
Terima kasih kepada semua geopark, guru dan pelajar atas penyertaan yang penuh komitmen dan inspirasi.
#LangkawiGeopark #UGGp #APGN2026 #GeoparkEducation #YouthExchange #NaturallyLangkawi

Lawatan daripada pegawai Institut Integriti Malaysia ke Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC)
Pada 27 April 2026, 2 orang pegawai dari Institut Integriti Malaysia bersama Unit Integriti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan lawatan ke Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC) dan Taman Georimba Kilim Kars.
Lawatan ini meliputi penerokaan galeri di LGDC bagi memahami keunikan warisan geologi, biologi dan budaya serta lagenda dan mitos di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp).
Pelawat turut dibawa merasai pengalaman menaiki bot di sekitar kawasan Kilim dengan melawat Gua Kelawar, Eagle Watching, Andaman Sea, Teluk Dalam dan Pulau Anak Tikus. 🌿🌏
#LangkawiGeopark #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LGDC #GeoparkDiscoveryCentre #GeoparkEducation GeoparkAwareness MangroveConservation NatureEducation GeoparkLangkawi ExploreLangkawi SustainableTourism
SPINE

Program Pembersihan di Tangga Helang Seribu Kenangan, Gunung Raya, Langkawi
26 April 2026 | LADA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Hutan Daerah Kedah Barat, Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Darulaman Sanctuary Langkawi dan Environment Idaman Sdn Bhd telah melaksanakan program gotong-royong di Tangga Helang Seribu Kenangan, Gunung Raya.
Tangga Helang Seribu Kenangan merupakan laluan bertangga konkrit dengan 4,287 anak tangga yang dibina bagi memudahkan pengunjung untuk menikmati keindahan hutan Gunung Raya bermula dari kaki gunung hingga ke `viewing deck`.
Program ini melibatkan kerja-kerja membersih laluan, memangkas dahan dan memotong pokok yang merintang jalan sepanjang laluan yang melibatkan 60 orang peserta.
Program yang melibatkan tautan kerjasama pelbagai agensi seperti ini dapat mengukuhkan identiti geopark sebagai satu kawasan warisan yang prihatin terhadap kelestarian alam dan budaya setempat.
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#Gunungraya
#geotourism

🌿🌏 PROGRAM GEOPARK MANGROVE SEMPENA APGN WEEK 2026
📅 24 April 2026 (Jumaat) | Program Geopark Mangrove telah berjaya dilaksanakan di Langkawi Geopark Discovery Centre (LGDC), Kilim dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
👥 Seramai 85 orang pelajar terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dan Kolej Vokasional Langkawi bersama guru pengiring telah menyertai program ini.
Pengisian Program:
🌳 Lawatan galeri Langkawi Geopark Discovery Centre
🌱 Aktiviti penanaman 100 anak pokok bakau di Santuari Bakau
📚 Pendedahan kepentingan ekosistem bakau dan pemuliharaan alam sekitar
Program ini bukan sahaja berjalan dengan lancar, malah berjaya memberi pengalaman pembelajaran secara interaktif serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan memelihara warisan alam semula jadi. 🌿✨
#APGNWeek2026
#LangkawiUNESCOGlobalGeopark
#LUGGp
#LangkawiGeoparkDiscoveryCentre
#LADA
NaturallyLangkawi
GeoparkMangrove
SantuariBakau
SMKMahsuriLangkawi
KolejVokasionalLangkawi
KBS