BENGKEL PEMBANGUNAN PELANCONGAN BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK - Langkawi Geopark

26 Dis

BENGKEL PEMBANGUNAN PELANCONGAN BIOGEOTRAIL KUBANG BADAK

Hutan Bakau Kubang Badak terletak dalam Hutan Simpan Kekal Kubang Badak dengan keluasan 419 hektar di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Daripada hasil penyelidikan, lebih daripada 10 tapak bernilai warisan yang boleh diketengahkan untuk pelancongan.

Bengkel ini diadakan selama dua hari dengan penglibatan daripada seramai 30 orang peserta yang terdiri pemandu pelancong Langkawi dan komuniti Kubang Badak di Pusat Penyelidikan Langkawi. Bengkel ini dikendalikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo, Prof Dr Norhayati Ahmad, Dr Sharina Abdul Halim dan Dr Tanot Unjah.

Peserta bengkel diberikan pendedahan mengenai tapak-tapak biologi, geologi dan budaya yang bernilai warisan yang boleh diketengahkan sebagai tarikan pelancongan.

Pada hari kedua, peserta dibawa ke Kubang Badak dan dipecahkan kepada kumpulan mengikut lokasi setiap tapak dan mereka perlu menerangkan kepada peserta yang lain mengikut gaya tersendiri mengenai maklumat tapak tersebut.

Bengkel ini memberikan input yang penting kepada LADA dan UKM dalam merancang pelancongan dan pembangunan infrastruktur di kubang badak untuk menjadikan Biogeotrail Kubang Badak ini menjadi tarikah geopelancongan yang terbaik di Malaysia.

332017
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
472
357
837
330080
7450
18817
332017

PAUTAN

lorem dolor sit

EUROPEAN GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

ASIA PACIFIC GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

GLOBAL GEOPARK NETWORK

Get more details
lorem dolor sit

NATURALLY LANGKAWI

Get more details
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • geopark@lada.gov.my
  • Find on Map