LAWATAN KERJA ‘EXPLORE THE GEOPARK’ BERSAMA GEOPARK AMBASSADOR KE GUNUNG SEWU UNESCO GLOBAL GEOPARK, INDONESIA - Langkawi Geopark

05 Jun

LAWATAN KERJA ‘EXPLORE THE GEOPARK’ BERSAMA GEOPARK AMBASSADOR KE GUNUNG SEWU UNESCO GLOBAL GEOPARK, INDONESIA

23 – 27 Mei 2016, seramai 11 orang Geopark Ambassador Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) telah diberi kesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ‘ Explore The Geopark’ ke Gunung Sewu UNESCO Global Geopark. Lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi dan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada para peserta berkenaan urus tadbir sesuatu geopark dan menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Gunung Sewu UNESCO Global Geopark.

Delegasi dari LUGG ini disambut baik oleh bupati Gunung Kidul iaitu En. Khairudin dan Penguru Besar Gunung Kidul Ir. Budi Martono Msi. Delegasi LUGG dibawa melihat Situs Gunungapi Purba Nglanggeran Patuk, Sungai Batur dan Situs Gua Pindul Bejiharjo, Karangmojo serta melihat Muzium Karst di Pracimantoro Wonogiri.

Keunikan adat, budaya serta kepercayaan orang jawa dapat dilihat ketika delegasi mengunjungi Kuil Borobudur, Pawon dan Mendut. Selain daripada itu, delegasi juga berpeluang untuk mendekati Gunung Merapi yang dikatakan gunung api yang masih lagi aktif. Dikatakan letusan Gunung Merapi yang terakhir adalah pada Jun 2006 yang lalu telah meninggalkan banyak kesan kepada penduduk tempatan.

246030
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
374
371
2310
240177
10774
19357
246030

PAUTAN

lorem dolor sit

EUROPEAN GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

ASIA PACIFIC GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

GLOBAL GEOPARK NETWORK

Get more details
lorem dolor sit

NATURALLY LANGKAWI

Get more details
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • geopark@lada.gov.my
  • Find on Map