Misi penilaian semula langkawi global geopark - Langkawi Geopark

28 Feb

Misi penilaian semula langkawi global geopark

Pada 1 hingga 4 Ogos 2015 yang lalu, Langkawi Global Geopark telah menerima kehadiran dua orang penilai daripada pihak UNESCO dalam misi penilaian untuk memastikan kelangsungan pulau pelancongan ini terus memegang status Langkawi Global Geopark bagi tempoh empat tahun lagi.

Wakil daripada UNESCO yang bertindak sebagai penilai iaitu Mr Pascalue Li Puma dari Madonie Geopark Itali dan juga Mr Pablo Rivas Palomo dari Cabo De Gata Nijar Natural Park, Sepanyol. Penilaian semula bagi kali kedua ini juga membuktikan bahawa LADA selaku peneraju pembangunan dan juga penyelaras Langkawi Global Geopark begitu komited dalam mempertahankan status geopark demi kepentingan bumi Langkawi sendiri dan juga negara Malaysia amnya.

Penilaian dilakukan adalah berdasarkan pembentangan, lawatan ke geotapak, aktiviti konservasi, budaya dan juga pendidikan serta penglibatan komuniti setempat. YBhg. Tan Sri Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Langkawi At A Glance”.

Para penilai telah melawat tiga kawasan konservasi utama Langkawi Global Geopark iaitu Kilim Karst Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park dan juga Dayang Bunting Marble Geoforest Park. Selain itu, mereka juga dibawa melawat ke Laman Padi dan juga sekolah angkat geopark yang baru iaitu Sek. Men. Kebangsaan Kedawang.

Misi penilaian pada kali ini telah mendapat kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Polis Marin, APMM, Jabatan Laut, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pertahanan Awam.

363668
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
217
320
2742
357835
8203
17005
363668

PAUTAN

lorem dolor sit

EUROPEAN GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

ASIA PACIFIC GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

GLOBAL GEOPARK NETWORK

Get more details
lorem dolor sit

NATURALLY LANGKAWI

Get more details
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • geopark@lada.gov.my
  • Find on Map