Pelancaran Logo Baru Langkawi Unesco Global Geopark - Langkawi Geopark

28 Feb

Pelancaran Logo Baru Langkawi Unesco Global Geopark

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yakin kedudukan Langkawi dalam Global Geopark menjadi lebih gah menerusi penjenamaan semula dan penggunaan logo baharu berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Tan Sri Khalid Ramli, berkata, penggunaan logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) juga simbolik kepada kemajuan yang dicapai sejak sembilan tahun lalu.

"LUGG diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1 Jun 2007 dan kini usianya mencecah sembilan tahun. "Langkah penjenamaan semula dan penggunaan logo baharu ini diyakini mampu memartabatkan LUGG ke seluruh dunia seiiring langkah UNESCO mengiktiraf Geopark sebagai program rasmi badan itu," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan logo baharu LUGG, di sini, petang semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA Datuk Rozaina Radzi. Khalid berkata, logo baharu mempunyai perkataan UNESCO dan global menunjukkan skopnya lebih luas di peringkat antarabangsa, berbanding logo lama hanya mencatatkan Langkawi Geopark sahaja. "LUGG menjadi kebanggaan kita apabila ia diiktiraf sebagai tapak geopark ke-52 dunia dan pertama di Asia Tenggara, malah kita berjaya mengekalkan status itu selepas melalui dua penilaian semula yang diadakan pada 2011 dan 2015 lalu," katanya. Pada majlis sama, Khalid turut menyampaikan sijil pelantikan sebagai Duta Geopark kepada 21 individu terdiri daripada pemimpin masyarakat dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Katanya, pelantikan Duta Geopark itu bertujuan membantu LADA dalam melaksanakan aktiviti mempromosi LUGG kepada penduduk tempatan dan pelancong asing yang bercuti di Langkawi.

363672
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
221
320
2746
357835
8207
17005
363672

PAUTAN

lorem dolor sit

EUROPEAN GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

ASIA PACIFIC GEOPARK

Get more details
lorem dolor sit

GLOBAL GEOPARK NETWORK

Get more details
lorem dolor sit

NATURALLY LANGKAWI

Get more details
  • BAHAGIAN GEOPARK DAN KONSERVASI,Aras 7, Kompleks LADA, Jalan Persiaran Putra, 07000 Kuah Langkawi, Kedah Darul Aman
  • 04 - 9600 600
  • geopark@lada.gov.my
  • Find on Map